Pages

Tuesday, June 7, 2011

lihat sendiri =)

oh.. 
andddd.....
sebelum tu. 
sila pause sebentar lagu di blog ini...
dan lihatlah video ini dengan tenang dan calm dan serene.



ni kira macam promote sepupu la ni eh?
=)

-endind the end-

Wednesday, June 1, 2011

serious.

haiiihhh...
yeah. meet again.
tapi dalam keadaan yang amat membosankan.
nampak muka ni?
ni namanya muka sansan.
hasil daripada sani dan juga bosan. (sani + bosan)
nampak? kalau nampak. bagus.
dan apabila aku cakap sansan. bermaksud aku bosan.
okay!

lama aku menghilang. mesti ada yang tertnya tanya mana aku pergi kan?
...........
...........
kriiiikkkk....
............
krikkkkk.....
...........

oh.... aku tahu. korang segan. nak malu malu dengan aku pulak. hee.heee.. alaaaa.... jangan lah. malu aku.
(perasannya mamat ni) (bajet hot je)(tumbuk sekali baru tau)..
malu la... jangan laaaaa.... hee..hee...  (memang serious nak kena tumbuk)   =P

sudah.cukup. disini.. post yang amatlah menyentuh perasaan aku. yang membuatkan aku terkilan sedih marah bengang geram dan sewaktu dengannya. kerana beberapa faktor yang amat mengecewakan aku.
dan faktor faktornya adalah berikut...

1. pergunungan banjaran kerja sekolah
rasa nak menangis pun ada, rasa nak menjerit pun ada. lepas hari kecemerlangan basketball seminggu straight pergi camping belia 3 hari. yela. kau suruh aku rilek. memang la aku nak rilek. bayangkan kawan2 aku semua dah siap salin 5 karangan. aku tak mula apa2 lagi. satu karangan empat muka surat. bayangkan ramai orang yang dah siap pembetulan kimia aku tak buat lagi. sikit takpa. ada 17 helai. aku salin ikut kertas si mamat handsome asyaz. tulisan dia pun handsome jugak. tulisan sama macam tuan dia. nak kena baling agaknya. XD. hee. latihan karangan belum buat. blog sekolah belum tengok. hmmm... good boy! 

2.gaduh
aha! inilah dia! haihh.... yang membuatkan aku moody. yang membuatkan aku makan tak selera. (3 pinggan turun jadi 5 pinggan) mandi tak basah. (tak mandi) tidur pun tak lena (siap kuak lentang lagi) =P  
gaduh. yes. dengan? hmm.... gaduh dengan missy. sekarang bukan missy lagi dah. miss terus. ahah! ambik kau!  mungkin ada sebabnya kan? memang sedih. dan perit. siapa pernah rasa. bukan rasa flavour strawberry atau coklat atau flavour butterscotch ataupun rasa masam masam manis. dan bukan juga rasa sayang sayang hey~~. dan aku tak tahu nak cakap macam mana. kalau anda terkena. anda rasa lah. sakit mental bukan fizikal.

3.demam
hadui. tiba tiba boleh kena. tak tahu kenapa. rasa dahi.. panas.. rasa bawah dagu.. eh? sejuk?? pelik ni.. ohhhh.. patutlah. tu bawah dagu kucing aku. memang la rasa sejuksejuk bulubulu banyak kutu je . hehe.. nasib baik aku tak rasa bawah dagu bapak aku. ada kena lempang pusing 720 darjah kang. hee.. seriously. demam yang memeningkan. masatu pun tenga gaduh dengan missy. demam pulak. gila la.. entah apa aku tulis kat dia. sampai marah macam gunung berapi melutup 50 kali dekat malaysia ni. haiya.. makan ubat. sihat sikit. dan.. nampak ni? dah boleh exercise tau. and one...... and two... and thre... PRAKKK!! (auh! my back!)  ehem... ehem.. yes. kita sambung exercise kita lain masa okay? sekarang ada hal sikit.. =P



TETAPI..

ada jugak perkara yang membuatkan aku senyum. hehe.
begini... saudara kecil aku datang rumah. soo... dia duduk sekejap dengan kitaorang. untk cuti kali ni. nak dijadikan cerita. aku tengah buat kerja sekolah. and then dia datang dekat..
"abang.. abang..."
"apa?"
lepas je dia tengok kertas pembetulan kimia.
"abang.. tak paham."
dan aku cuma mampu tersenyum melihat telatah dia pabila aku menyalin kertas pembetulan kimia milik asyaz. dan aku tahu kenapa dia tak paham. dan aku pun tak paham kenapa tuan punya kertas tu tulisan dia macam tu.
hee...

satu lagi incident sewaktu. aku tengah main game. dan dia tengah main masak masak. macam biasa lah. apabende yang dia nampak. semua dia masak. comel gila. hm. hm. lepas tu, dia tanya..
"abang. abang nak makan apa?"
tanpa memikirkan apa apa aku terus jawab nak makan sate.
"okay. nak berapa sate? 2 ke 3?"
"nak lima"
"abang. mana boleh.."
"kalau tak boleh tak nak makan"
dan aku pun terlupa pasal sate tersebut.
dan.. selepas tu aku solat asar. haha.. ingat balik. habis je salam kedua. aku nak baca doa.. tiba tiba jee.... kepala dia kelua dari mana entah. dan kata..
"lalalala~~~abang~~~ sate dah siap~~~"
(dengan buat muka comel tahap cipanzi)
aku dah tergelak macam orang gila dah. tak khusyuk baca doa.
terus dia tarik tangan aku dan tunjuk 'sate' yang telah dipanggangnya.
tersengih aku.
pensil faber castel lima batang.
comel comel je.
dan dia terus buat muka cipanzi yang tak bersalah tu sambil tunjukkan gigi dia.
aku dah geleng kepala dah. XD

dan inilah muka dia sewaktu kacau aku buat kerja sekolah. =)

dan inilah tempat, kerja sekolah kacau aku.

itulah sedikit pasal hidup pada masa cuti ini.
terima kasih. stay tune.
dan muka sansan aku sudah pun berubah kepada sanpy.(sani happy) =)
wah! happy ending! macam dalam cerita.



-ending the end-

Saturday, April 30, 2011

nafsu

NAFSU= MUSUH YANG DICINTAI

buka mata dan buka minda. 
izinkan saya pinjam beberapa minit daripada tuan puan semua untuk baca post kali ni.
kalau tak ada masa. jangan baca. 
kalau ada masa.  luangkan lah sekejap untuk isu yang menyentuh sanubari manusia kini.
saya hanya minta 5 minit dari anda semua.
letak semua ke tepi dan bacalah post ini dengan tenang.
.....
dah?
.....
aku cakap letak handset tu letak la.
....
okay...
....
baca baik baik.
....


yes.
tersentuh apabila berkata tentang isu ni. 
rasa diri kita amat kerdil untuk dihadapkan dengan tuhan yang esa.


sekarang... kita selalu pikir kan?
aku ada buat dosa ni.. hm...... tapi.... tak apa lah kan? at least aku sembayang lima waktu. aku puasa penuh. kadang kadang puasa sunat. solat sunat pun ada jugak. baca al quran. kadang kadang kalau tertinggal solat subuh tu. aku ganti balik. okay ape? kira neutral la dosa ngan pahala aku. berbanding mat rempit, mat ganja, mat hisap dadah , mat hisap rokok dan segala jenis mat kat luar tu? *(except sazali samat dan rafidah kemat(cikgu aku)) diorang tu lagi la. solat ke mana. puasa ke mana. entah entah solat pun tak tahu. haa... yang tu macam mana tu?

memang la.. kalau nak compare diorang dan diri kita sendiri. 
memang banyak perbezaannya. tapi... salah ke kita untuk berubah untuk yang lebih baik? macam kawan aku selalu kata. "changing for good is not a crime". dan memang tak salah pun kalau nak berubah jadi baik. daripada kau jadi jahat? semua orang tahu. dan telah termaktub pun sejak azali lagi. manusia itu suka akan kebaikan. dan kalau dia sukakan kejahatan? bermaksud. manusia itu telah dipengaruhi oleh musuh kita yang tercela bergelar syaitan. 

aku admit. ni kali pertama jugak aku buat post macam ni. dan bukan nak kata aku ni ada penyakit sawan ke hypertension ke barah otak ke kudis kurap ke yang boleh buat aku mati beberapa hari lagi. bukan.. dan tersangat lah bukan.. kita sebagai umat islam patut ingat mengingati kan? cuma.. tergerak hati aku untuk buat pasal post ni. dan moga moga pembaca dapat input yang ingin aku sampaikan dan dapat menjadi insan yang lebih baik. insya allah.

nafsu.
definisi. nafsu itulah tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat(keinginan) dalam diri manusia. 
dan daripada nafsu tu jugak la timbul sifat mazmumah. macam hasad dengki, takbur, gila kuasa, gila pujian, cintakan dunia, penakut, pemarah dan sekutu dengannya. terlibat dengan perkara perkara tersebut?
haa..  itulah akan jadi kalau kita tak kawal nafsu kita dengan sebaik baiknya. 

imam al ghazali pernah kata. nafsu ni. umpama kuda liar.*tak kisah la kuda belang atau kuda padi atau kudis(kuda plural). kalau kita tak didik kuda tersebut. maka kuda tersebut akan jatuhkan orang yang menunggangnya. sebaliknya, kalau kita berjaya didik kuda tersebut maka dengan mudahnya dapat ditunggang mengikut ke mana hala tujuan yang kita inginkan. hebat kan? 
dan kalau semua orang nak tau. nafsu ni terbahagi kepada 4 peringkat yang obvious. 

1. nafsu ammarah
okay. pernah rasa seronok untuk berbuat kejahatan? pernah promote kawan untuk buat jahat sama? 
dan inilah yang dinamakan nafsu ammarah... 
secara ringkasnya.. orang yang buat nafsu ni .
  • berasa seronok dengan maksiat.
  • mengajak orang lain untuk melakukan kemungkaran
  • menentang kebaikan
  • kalau ada orang tegur, maka akan ditentang dan dimusuhi.
orang orang macam ni jugak lah yang selalu menjadi batu api. dalam pergaduhan atau sebarang kesalahfahaman. nauzubillah.

mereka ini akan merasai neraka di dunia dan neraka di akhirat (tak aman duia dan akhirat) dan confirm masuk neraka.


2. nafsu lawwamah
nafsu ni yang sering ada dalam manusia dan nafsu ni yang sering merosakkan kita.
secara ringkas... orang yang ada nafsu ni. 
  • sedar bahawa dia terlibat dengan dosa
  • menyesali dosa dosa tersebut
  • tetapi suka pada majlis limu dan buat pahala
  • imannya goyah
lawwamah iaitu tercela. 
yang ada nafsu ni. dia sedar dia buat dosa dan dia menyesali dosa tersebut. 
namun!
ketika berbuat dosa, dia leka dan terasyik dengan kenikmatan dosa tersebut. 
hanya!
selepas buat dosa tersebut. dia akan menyesali perbuatan tu. 
tetapi!
keadaan ni tak lama. dia akan buat kemaksiatan tu semula.
 *terasa* 
*sangat*

orang yang ada nafsu ni. pabila dia melakukan ketaatan. dia mudah dihinggapi perasaan riak dan ujub. (menunjuk dan bangga). dia rasa diri dia dah cukup baik di sisi allah. dia 'perasaan' dengan kebaikannya. 
ambil iktibar.
aku tau ramai orang sekarang ada nafsu ni. dan tak perlu nak bohong diri sendiri cakap kau ni maksum( tak pernah buat dosa) macam nabi. aku tahu. iman umat manusia sekarang cuma senipis kulit bawang. dan aku tahu iman kita sentiasa menurun dan meningkat. dan ketahuilah itulah iman yang ada pada umat akhir zaman sekarang. tapi tak mustahil iman tu boleh jadi setebal buku rujukan biology. atau setebal kamus oxford english-arab-malay edisi ke 5. jika kita ikut suruhan dan larangan dia... insyallah... kita boleh.

berbeza dengan orang yang ada nafsu ammarah. orang yang bernafsu lawwamah ni mereka tak berasa bangga dengan dosa yang diorang buat dan tak pulak ajak orang lain buat dosa sama. tetapi mereka senang ditegur. hati mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah. cuma sangat rapuh pabila digoda syaitan.

tetapi.
kedudukan orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat. 
di dunia mahupun di akhirat


3. nafsu mulhamah
orang yang punya nafsu ni dah mula untuk mencari kebaikan dan dah mula ada ilham mengubah kejahatan dalam hati dia. dia berusaha menjadi insan yang lebih baik.
  • sudah meninggalkan nafsu lawwamah
  • berusaha melakukan kebaikan
  • tidak mencari peluang untuk melakukan dosa cuma kadang kala terlanjur kerana kelalaian.(tak sengaja)
  • dia berusaha menutup peluang untuk terjebak dalam kancah kemaksiatan
sungguhpun nampak macam sudah baik, tapi orang yang ada nafsu ni
nafsunya masih belum stabil.

4. nafsu mutmainnah
dan inilah nafsu yang paling baik sekali. kita seharusnya mencapai nafsu ini dan berusaha untuk dapat nafsu ni.
  • hasil mujahadah(melawan nafsu)
  • istiqamah dalam ibadat
  • hati dia tenang sebab nafsu berjaya dijinakkan
  • seronok melakukan kebaikan
  • indah meninggalkan kejahatan
  • sabar dalam setiap ujian yang diberikan 
inilah nafsu orang yang bertakwa. nafsu ni jugak dimiliki oleh orang yang beriman menyebabkan mereka boleh kalahkan musuh lahir(yahudi nasrani) dan musuh batin (syaitan dan hawa nafsu).

mereka menikmati al jannah al ajilah(syurga hidup) 
dan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.

"wahai nafsu yang tenang. kembalilah kepada Tuhan-mu dengan gembira dan menggembirakan"
(surah al fajr. 89:27)

itulah dia empat nafsu manusia
sedar tak sedar. 
kadang kadang kita ada nafsu yang tak elok ada pada manusia.
memang susah nak berperang dengan nafsu.
memang susah nak berperang dengan diri sendiri.
memang susah nak tinggalkan benda yang kita kadang kadang suka.
memang perit pabila bila kita nak berubah. kawan kita dah tak berapa nak layan kita.
memang dan memang.

dan cuba tengok di susut yang lebih positif. 
nak rasa syurga?                                          = memang lah nak.
nak banyak pahala?                                     = memang lah nak.
nak dikelilingi oleh bidadari dekat syurga?    = memang lah nak.
nak kubur luas gila?                                      = memang lah nak.
nak rezeki yang mencurah kat dunia?           = memang lah nak.
nak keredhaan dia?                                      = AKU CAKAP NAK. NAK LAAA!!

bengang lak aku. 
haa.. then? why dont start sekarang? 
tutup buku lama. buka buku baru.
tak salah kalau nak main fb. 
tak salah kalau nak bermesej dengan kawan kawan.
tak salah kalau nak main muzik.

tapi.. berpada pada.
ingatlah.. 
ikut rasa kita binasa
ikut hati kita mati
ikut nafsu kita lesu


.
salam ukhwah, saudara hassani.
spm 2011
-ending the end-