Pages

Tuesday, June 7, 2011

lihat sendiri =)

oh.. 
andddd.....
sebelum tu. 
sila pause sebentar lagu di blog ini...
dan lihatlah video ini dengan tenang dan calm dan serene.



ni kira macam promote sepupu la ni eh?
=)

-endind the end-

Wednesday, June 1, 2011

serious.

haiiihhh...
yeah. meet again.
tapi dalam keadaan yang amat membosankan.
nampak muka ni?
ni namanya muka sansan.
hasil daripada sani dan juga bosan. (sani + bosan)
nampak? kalau nampak. bagus.
dan apabila aku cakap sansan. bermaksud aku bosan.
okay!

lama aku menghilang. mesti ada yang tertnya tanya mana aku pergi kan?
...........
...........
kriiiikkkk....
............
krikkkkk.....
...........

oh.... aku tahu. korang segan. nak malu malu dengan aku pulak. hee.heee.. alaaaa.... jangan lah. malu aku.
(perasannya mamat ni) (bajet hot je)(tumbuk sekali baru tau)..
malu la... jangan laaaaa.... hee..hee...  (memang serious nak kena tumbuk)   =P

sudah.cukup. disini.. post yang amatlah menyentuh perasaan aku. yang membuatkan aku terkilan sedih marah bengang geram dan sewaktu dengannya. kerana beberapa faktor yang amat mengecewakan aku.
dan faktor faktornya adalah berikut...

1. pergunungan banjaran kerja sekolah
rasa nak menangis pun ada, rasa nak menjerit pun ada. lepas hari kecemerlangan basketball seminggu straight pergi camping belia 3 hari. yela. kau suruh aku rilek. memang la aku nak rilek. bayangkan kawan2 aku semua dah siap salin 5 karangan. aku tak mula apa2 lagi. satu karangan empat muka surat. bayangkan ramai orang yang dah siap pembetulan kimia aku tak buat lagi. sikit takpa. ada 17 helai. aku salin ikut kertas si mamat handsome asyaz. tulisan dia pun handsome jugak. tulisan sama macam tuan dia. nak kena baling agaknya. XD. hee. latihan karangan belum buat. blog sekolah belum tengok. hmmm... good boy! 

2.gaduh
aha! inilah dia! haihh.... yang membuatkan aku moody. yang membuatkan aku makan tak selera. (3 pinggan turun jadi 5 pinggan) mandi tak basah. (tak mandi) tidur pun tak lena (siap kuak lentang lagi) =P  
gaduh. yes. dengan? hmm.... gaduh dengan missy. sekarang bukan missy lagi dah. miss terus. ahah! ambik kau!  mungkin ada sebabnya kan? memang sedih. dan perit. siapa pernah rasa. bukan rasa flavour strawberry atau coklat atau flavour butterscotch ataupun rasa masam masam manis. dan bukan juga rasa sayang sayang hey~~. dan aku tak tahu nak cakap macam mana. kalau anda terkena. anda rasa lah. sakit mental bukan fizikal.

3.demam
hadui. tiba tiba boleh kena. tak tahu kenapa. rasa dahi.. panas.. rasa bawah dagu.. eh? sejuk?? pelik ni.. ohhhh.. patutlah. tu bawah dagu kucing aku. memang la rasa sejuksejuk bulubulu banyak kutu je . hehe.. nasib baik aku tak rasa bawah dagu bapak aku. ada kena lempang pusing 720 darjah kang. hee.. seriously. demam yang memeningkan. masatu pun tenga gaduh dengan missy. demam pulak. gila la.. entah apa aku tulis kat dia. sampai marah macam gunung berapi melutup 50 kali dekat malaysia ni. haiya.. makan ubat. sihat sikit. dan.. nampak ni? dah boleh exercise tau. and one...... and two... and thre... PRAKKK!! (auh! my back!)  ehem... ehem.. yes. kita sambung exercise kita lain masa okay? sekarang ada hal sikit.. =P



TETAPI..

ada jugak perkara yang membuatkan aku senyum. hehe.
begini... saudara kecil aku datang rumah. soo... dia duduk sekejap dengan kitaorang. untk cuti kali ni. nak dijadikan cerita. aku tengah buat kerja sekolah. and then dia datang dekat..
"abang.. abang..."
"apa?"
lepas je dia tengok kertas pembetulan kimia.
"abang.. tak paham."
dan aku cuma mampu tersenyum melihat telatah dia pabila aku menyalin kertas pembetulan kimia milik asyaz. dan aku tahu kenapa dia tak paham. dan aku pun tak paham kenapa tuan punya kertas tu tulisan dia macam tu.
hee...

satu lagi incident sewaktu. aku tengah main game. dan dia tengah main masak masak. macam biasa lah. apabende yang dia nampak. semua dia masak. comel gila. hm. hm. lepas tu, dia tanya..
"abang. abang nak makan apa?"
tanpa memikirkan apa apa aku terus jawab nak makan sate.
"okay. nak berapa sate? 2 ke 3?"
"nak lima"
"abang. mana boleh.."
"kalau tak boleh tak nak makan"
dan aku pun terlupa pasal sate tersebut.
dan.. selepas tu aku solat asar. haha.. ingat balik. habis je salam kedua. aku nak baca doa.. tiba tiba jee.... kepala dia kelua dari mana entah. dan kata..
"lalalala~~~abang~~~ sate dah siap~~~"
(dengan buat muka comel tahap cipanzi)
aku dah tergelak macam orang gila dah. tak khusyuk baca doa.
terus dia tarik tangan aku dan tunjuk 'sate' yang telah dipanggangnya.
tersengih aku.
pensil faber castel lima batang.
comel comel je.
dan dia terus buat muka cipanzi yang tak bersalah tu sambil tunjukkan gigi dia.
aku dah geleng kepala dah. XD

dan inilah muka dia sewaktu kacau aku buat kerja sekolah. =)

dan inilah tempat, kerja sekolah kacau aku.

itulah sedikit pasal hidup pada masa cuti ini.
terima kasih. stay tune.
dan muka sansan aku sudah pun berubah kepada sanpy.(sani happy) =)
wah! happy ending! macam dalam cerita.



-ending the end-